Selasa, 28 April 2009

kerana kau seorang wanita~

seorang gadis itu,
yang bersyukur apa yang ada
yang bersabar pada yang tiada
cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda

baginda s.a.w bersabda : "dunia adalah kenikmatan dan seindah2 kenikmatan dan kesenangan dunia adalah wanita solehah"
(hadis riwayat muslim)


seorang gadis itu,
yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Allah berfirman:
"hai nabi , katakanlah kepada istri2mu anak2 perempuanmu , dan istri2 org mukmin agar hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu"
(Al-Ahzab: 59)

seorang gadis itu
menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
untuk menyambung perjuangan di belakang hari

seorang gadis itu,
adalah pencinta tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap
yang menguasai perjalanan hidupnya
dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
sehinga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir...

seorang gadis itu,
tamsilan kepada keindahan
juga tamsilan kepada kemusnahan dan kerosakan...

di manakah tamsilan kita???


Rasulullah bersabda bermaksud: "Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperole redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya."
(Hadis riwayat al- Hakim)


seorang gadis itu,
telus wajahnya setelus rasa membisik di kalbu

seorang gadis itu,
hatinya dipenuhi cinta
cinta untuk penciptanya dan cinta untuk yang selayaknya

seorang gadis itu,
lembut fitrah semulajadinya
malu benteng dirinya
pergaulannya dipagari

Baginda SAW bersabda:"...Malu itu tidak datang melainkan membawa kepada kebaikan..."
(Hadith riwayat Imam Muslim)


seorang gadis itu,
Halus tutur bicaranya
dimatanya terpancar cahaya namun hanya dia yang tahu rahsianya


Allah berfirman ;
"...Wahai istri2 Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana2 perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..."
(Al-Ahzab:32)


seorang gadis itu,
bisa kuat , bisa tabah tanpa jasad yang gagah
setabah Sumayyah dalam menyelamatkan iman
segagah Khaulah dalam medan peperanagan
gagahnya berdiri di atas keteguhan iman

seorang gadis itu,
cantiknya bukan pada ayu wajahnya
tetapi pada kemanisan solehahnya
tidak juga pada kemanjaannya
tetapi pada kekuatan imannya

Baginda SAW bersabda : "sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan,jika salah satunya dikeluarkan ,yang satu lagi juga akan hilang serentak.."


seorang gadis itu,
di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
Hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

1 ulasan: